Jenis Kelainan Payudara Yang Perlu Diawasi
Berikut merupakan kelainan payudara yang perlu diawasi :- 1. Kanser payudara Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan dan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko menghidapinya. Ketulan kanser payudara dapat dikesan melalui PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) di mana ketulan yang biasa timbul pada payudara atau ketiak tidak bergerak. Pada peringkat awal, pesakit akan berasa sakit, panas, kemerahan atau bengkak. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti berlekuk atau puting terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Namun, tanda awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan membuatkan sukar menentukan ianya kanser pada peringkat awal. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya adalah usia, mempunyai ahli keluarga menghidap kanser payudara, tidak pernah melahirkan anak, mengamalkan pil perancang dan mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan. 2. Sista payudara Sista payudara merupakan kelainan yang benign iaitu ke